Pages

My Blog List

Monday, March 1, 2010

Friday, February 12, 2010

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

>>Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

>>Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa
>>pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar
berdiri tegak dan diamkan diri.
>>Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allahdgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita
>>sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini! tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
>>"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

>>WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

>>Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>>1) Jujur dalam berkata-kata.
>>2) Menjauhi segala yg haram.
>>3) Merendahkan diri.

>>Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>>1) Merahsiakan ibadahnya.
>>2) Merahsiakan sedekahnya.
>>3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

>>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>>2) Menjauhi kejahatan.
>>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

>>Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
>>1) Mengawasi dirinya.
>>2) Menghisab dirinya.
>>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

>>Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
>>masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit
>>terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak
ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

AYAT-AYAT PENAWAR SIHIR DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS

AYAT-AYAT PENAWAR SIHIR DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS BIL NAMA SURAH NO SURAH *1 AL-FATIHAH 1 HINGGA 7 *2 AL-BAQARAH 1 HINGGA 5 *3 AL-BAQARAH 102 *4 AL-BAQARAH 163 HINGGA 164 *5 AL-BAQARAH 255 HINGGA 257 *6 AL-BAQARAH 285 HINGGA 286 *7 ALI-IMRAN 18 HINGGA 19 *8 AL-A'RAF 54 HINGGA 56 *9 AL-A'RAF 117 HINGGA 122 *10 YUNUS 81 HINGGA 82 *11 TAHA 69 *12 AL-MUKMINUN 115 HINGGA 118 *13 AS-SOFFAT 1 HINGGA 10 *14 AL-AHQAF 29 HINGGA 32 *15 AR-RAHMAN 33 HINGGA 36 *16 AL-HASYR 21 HINGGA 24 *17 AL-JIN 1 HINGGGA 9 *18 AL-IKHLAS *19 AL-FALAQ *20 AN-NAS *21 DOA BISMILLAH RUQYAH

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF – ALBERT BANDURA
Teori belajar sosial atau disebut juga teori observational learning adalah sebuah teori belajar yang relatif masih baru dibandingkan dengan teori-teori belajar lainnya. Berbeda dengan penganut Behaviorisme lainnya, Bandura memandang Perilaku individu tidak semata-mata refleks otomatis atas stimulus (S-R Bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul sebagai hasil interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif individu itu sendiri. Prinsip dasar belajar menurut teori ini, bahwa yang dipelajari individu terutama dalam belajar sosial dan moral terjadi melalui peniruan (imitation) dan penyajian contoh perilaku (modeling). Teori ini juga masih memandang pentingnya conditioning. Melalui pemberian reward dan punishment, seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan.
Teori belajar sosial Bandura menunjukkan pentingya proses mengamati dan meniru perilaku, sikap dan reaksi emosi orang lain. Teori ini menjelaskan perilaku manusia dalam, konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan.
Faktor-faktor yang berproses dalam belajar observasi adalah:
Ø Perhatian (atensi), mencakup peristiwa peniruan (adanya kejelasan, keterlibatan perasaan, tingkat kerumitan, kelaziman, nilai fungsi) dan karakteristik pengamat (kemampuan indra, minat, persepsi, penguatan sebelumnya.
Ø Penyimpanan atau proses mengingat, mencakup kode pengkodean simbolik, pengorganisasian pikiran, pengulangan simbol, pengulangan motorik.
Ø Reproduksi motorik, mencakup kemampuan fisik, kemampuan meniru, keakuratan umpan balik.
Ø Motivasi, mencakup dorongan dari luar dan penghargaan terhadap diri sendiri.
Selain itu juga harus diperhatikan bahwa faktor model atau teladan mempunyai prinsip-prinsip sebagai berikut:
Ø Tingkat tertinggi belajar dari pengamatan diperoleh dengan cara mengorganisasikan sejak awal dan mengulangi perilaku secara simbolik kemudian melakukannya. Proses mengingat akan lebih baik dengan cara mengkodekan perilaku yang ditiru ke dalam kata-kata, tanda atau gambar daripada hanya observasi sederhana (hanya melihat saja). Sebagai contoh: belajar gerakan tari dari instruktur membutuhkan pengamatan dari berbagai sudut yang dibantu cermin dan langsung ditirukan oleh siswa pada saat itu juga. Kemudian proses meniru akan lebih terbantu jika gerakan tari juga didukung dengan penayangan video, gambar atau intruksi yang ditulis dalam buku.
Ø Individu lebih menyukai perilaku yang ditiru jika sesuai dengan nilai yang dimilikinya.
Ø Individu akan menyukai perilaku yang ditiru jika model atau panutan, tersebut disukai dan dihargai dan perilakunya mempunyai nilai yang bermanfaat.
Karena melibatkan atensi, ingatan dan motivasi, teori Bandura dilihat dalam kerangka teori behavior-kognitif. Teori belajar sosial membantu memahami terjadinya perilaku agresi dan penyimpangan psikologi dan bagaimana memodifikasi perilaku. Teori Bandura menjadi dasar dari perilaku pemodelan yang digunakan dalam berbagai pendidikan secara massal.

BENTUK MUKA BUMI

GUNUNG

Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :

1. Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.

2. Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya.

3. Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi.

4. Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.

DATARAN TINGGI

Dataran tinggi adalah tanah tinggi yang terangkat dan yang mempunyai permukaan rata yang luas dan biasanya menurun dengan curam ke kawasan rendah di sekelilingnya. Berdasarkan asal pembentukkan dan sifat-sifat fizikalnya, dataran tinggi boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu :

1. Dataran tinggi tektonik - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada pergerakan bumi yang menyebabkan berlakunya penimbulan. Biasanya dataran tinggi ini mempunyai saiz yang besar dan seragam tingginya. . Ini termasuklah bongkah-bongkah benua seperti Dataran Tinggi Deccan di India. Apabila dataran tinggi di kelilingi oleh gunung-gunung lipat, maka dataran tinggi itu dikenal sebagai dataran tinggi antara gunung.

2. Dataran tinggi gunung berapi - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada lava cair melimpah keluar dari kerak bumi dan mengalir di permukaan bumi lalu membentuk beberapa lapisan yang dinamakan lava basol . Lava yang beku ini membentuk dataran lava .

3. Dataran tinggi berkelar-kelar - Dataran tinggi yang luas sedikit demi sedikit akan terhakis akibat dari proses luluhawa dan hakisan yang terus-menerus dilakukan oleh air yang mengalir, ais dan angin. Oleh yang demikian, permukaan dataran itu menjadi tidak sama rata. Di kawasan dataran tinggi yang beriklim lembab, sungai dan kadangkala glasier menyebabkan lurah-lurah yang dalam dan sempit terjadi, dataran tinggi yang mengalami kejadian seperti ini dinamakan dataran tinggi berkelar-kelar. Di negeri-negeri yang beriklim kering, hakisan menegak yang dilakukan oleh sungai dan geselan yang dilakukan oleh angin akan memecahkan dataran itu dan membentuk bongkah-bongkah seperti meja yang bertebing curam yang disebut mesa dan butte. Kawasan ini diselang-seli oleh kanyon yang dalam.

TANAH PAMAH

Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Tanah pamah merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. Tanah pamah boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :

1. Dataran bentuk bumi - Ia merupakan kawasan yang telah terlekuk dari segi bentuk muka buminya lalu menjadi kawasan dataran semula jadi yang paling luas di dunia. Dataran ini terbentuk daripada batu-batan yang mendatar dan boleh dikatakan tidak tersentuh oleh pergerakan kerak bumi.

2. Dataran mendap - Dataran jenis ini terbentuk daripada bahan-bahan mendapan yang dibawa oleh berbagai-bagai anasir pengangkutan. Dataran ini boleh dikatakan rata tetapi semakin meninggi hala ke kawasan tanah tinggi. Kesuburan dan perkembangan ekonomi kawasan ini banyak bergantung kepada jenis-jenis mendapan yang terkumpul. Beberapa dataran mendap yang paling luas dibentuk oleh sungai-sungai yang besar. Hakisan yang pesat di bahagian hulunya menyebabkan sungai-sungai itu banyak membawa lanar ke bahagian hilirnya. Lanar itu dimendapkan sehingga menjadi dataran lanar, dataran mendap dan dataran delta yang Iuas. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling subur di dunia dan digunakan untuk pertanian secara giat. Penduduknya juga sangat padat.
Glasier dan litupan ais juga dapat memendapkan lapisan pasir dan batu kelikir yang bercampur-aduk lalu membentuk dataran lanar ais. Glasier juga dapat menimbunkan lanar batu tongkol, iaitu campuran di antara batu-batu tongkol yang berbagai-bagai rupa dengan lanar lalu membentuk satu dataran lanar batu tongkol. Dataran lanar ais selalunya merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan tetapi lanar batu tongkol pula mungkin merupakan satu kawasan pertanian .
Di kawasan pula pantai, ombak dan angin biasanya menyeret bahan-bahan pantai seperti lumpur, pasir atau batu lada ke kawasan dataran pantai. Bahan-bahan ini dimendapkan di dataran pantai dan terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah pasang surut dan tanah pamah muara. Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.
Angin mungkin membawa butir-butir halus yang dinamakan loes. Bahan ini dibawa dari kawasan gurun pedalaman atau kawasan tandus dan ditimbunkan di bukit-bukit, lembah-lembah atau di dataran- dataran hingga membentuk dataran tinggi loes, seperti di barat laut negara China dan tanah pamah loes, seperti di kawasan Pampas di Argentina. Tanah loes ini meratakan kawasan yang beralun dengan cara menimbunkan kawasan-kawasan lurah dan lekukan. Kebanyakan kawasan yang diliputi oleh bahan loes di dunia ini merupakan kawasan pertanian yang subur.

3. Dataran hakis - Dataran ini dibentuk oleh agen-agen hakisan. Hujan, sungai, ais dan angin dapat meratakan permukaan bumi yang tidak rata. Dalam jangka masa yang panjang iaitu berjuta juta tahun lamanya, gunung yang tinggi sekali pun akan diruntuhkan hingga menjadi satu dataran rendah yang beralun. Dataran gondolan ini dinamakan peneplain yang hampir menyerupai dataran.
Sungai yang mengalir dari hulu ke hilir akan memperdalam lembah dan melebarkan tebingnya. Susuh-susuh bukit yang menganjur ke sungai akan terpenggal dan ini meluaskan lagi kawasan rata di tebing sungai itu hingga menjadi rendah. Di samping itu tanah tinggi yang terletak di antara sungai itu lama-kelamaan akan menjadi rendah.
Bagi kawasan yang telah mengalami tindakan glasier, dan litupan ais telah menggesel dan meratakan muka bumi dan membentuk dataran hakis ais. Sekarang lekukan-lekukan yang dibentuk oleh glasier itu telah menjadi tasik-tasik. Di kawasan kontang dan hampir kontang, sebahagian besar daripada bahan yang telah terhakis diterbangkan oleh layangan angin. Oleh kerana itu aras kawasan itu menjadi rendah lalu membentuk dataran luas, umpamanya dataran kontang berbatu kelikir atau berbatu-batu yang disebut reg di Afrika Luluhawa mekanikal di kawasan kontang dan hampir kontang telah meluruhkan cerun-cerun yang tinggi hingga menjadi pediplain